MASALAH KESIHATAN
0 comments
DEFINISI MASALAH KESIHATAN


Menurut Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya
 (Individuals with Disabilities Act, Public Law 94-476) 
atau singkatannya IDEA : 

Masalah kesihatan ini bermaksud seseorang yang 
mengalami kekuatan, tenaga atau kepekaan yang
 terhad, termasuklah kepekaan yang kurang kepada 
rangsangan persekitaran

JENIS-JENIS MASALAH KESIHATAN


1. LELAH (ASTHMA)

DEFINISI


MENURUT : Dr. Salmah bt. Nordin
 ( http://www.myhealth.gov.my )

Ia adalah penyakit paru-paru.
Ia disebabkan oleh keradangan kronik saluran pernafasan.
Proses keradangan adalah sebahagian daripada sistem 
pertahanan (imun) badan kita. Ia berfungsi sebagai mekanisme
   pertahanan. Ia melindungi badan kita daripada penyebab    
   kerengsaan setiap kali kita bernafas.
Penghidap asma mempunyai saluran udara yang sensitif 
kepada sesetengah bahan yang dihidu. Ini dipanggil hiperresponsif.
Ia menyebabkan keradangan.
Keradangan menyebabkan lapisan mukosa membengkak, 
lebih banyak dihasilkan untuk bertindak sebagai palam mukus dan
otot mengecut yang dikenali sebagai bronkospasma. Ini 
menyebabkan lumen saluran pernafasan sempit dan sekaligus
menyebabkan kesukaran bernafas.

CIRI-CIRI FIZIKAL

Anda mungkin menghidap asma bronkial jika :
Episod batuk yang berulang dengan berdehit.
Sesak dada dan kesukaran bernafas secara tiba-tiba.
Keturunan menghidap asma atau alahan.
Mereka akan mengalami gejala ini jika mereka terdedah
 kepada perengsa atau keadaan tertentu.
1. Batuk - Batuk adalah refleks biasa untuk membersihkan saluran yang 
  tersumbat. Itulah sebabnya semasa serangan asma mereka tidak digalakkan
  untuk mengambil ubat batuk melainkan dinasihatkan oleh doktor.
2. Sukar bernafas atau sesak nafas - Saluran udara yang sempit  
   menyebabkan mereka mengalami kesukaran bernafas.
3. Pernafasan berbunyi atau berdehit kerana mereka bernafas melalui saluran
   udara yang sempit dan banyak lendir.
4. Sesak dada.
5. Hidung akan kelihatan merah, otot leher akan kelihatan dan ruang di antara  
  tulang rusuk akan ditarik kerana bernafas.

Serangan asma yang teruk menyebabkan mereka sukar bercakap. Dalam keadaan ini, mereka perlu segera dapatkan rawatan doktor.

KEPERLUAN BANTUAN YANG DIPERLUKAN OLEH MURID


 Teknologi bantuan (INHALER)
 Penglibatan pakar perubatan untuk memastikan pengambilan ubat-ubatan dan jadual rawatan dipatuhi oleh individu yang berkaitan
 Kanak-kanak yang mengidap penyakit asma tidak digalakkan melakukan 
aktiviti yang lasak
 Guru harus memastikan ubat-ubatan yang diperlukan oleh
 pelajar sentiasa ada.




PUNCA-PUNCA BERLAKU


Anda berisiko menghidap asma jika :
Seseorang dalam keluarga menghidap asma (keturunan).
Mempunyai jangkitan dada yang teruk semasa kecil.
Ahli keluarga mempunyai reaksi alahan atopi (yang bermakna
 anda boleh mewarisi tindak balas hiper-responsif kepada alahan).
Terdedah kepada perengsa secara berterusan





MASALAH YANG DIHIDAPI

Menyebabkan pembelajaran mereka terganggu kerana 
kesihatan tidak stabil. Kadang kala mengambil masa yang lama 
kerana terpaksa menerima rawatan di hospital.
Tidak dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang lasak
Perlu bergantung kepada ubat-ubat sahaja


Terdapat satu video yang berkaitan dengan pelajar masalah kesihatan yang 
mampu memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai
 masalah yang sama. 






RUJUKAN :
(January 10 2014).Asma .Retrieved September 11, 2014, from   
http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/component/content/article/24-kesihatan-fizikal/5102-asma

(April 1 2013).Ringkasan Pendidikan Khas.Retrieved September 11, 2014, from   
http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2013/04/ringkasan-pendidikan-khas.html





>


Cute Polka Dotted Pink Bow Tie Ribbon